BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 14, 2010

MATAPELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

PENDAHULUAN

Prinsip Perakaunan yang dahulunya dikenali sebagai Prinsip Akaun merupakan matapelajaran elektif untuk Tingkatan 4 & 5 di bawah bidang vokasional dan teknik. Matapelajaran ini merupakan lanjutan kepada matapelajaran Kemahiran Hidup dari aspek menyimpan rekod perniagaan. Disamping konsep, prinsip dan kaedah perakaunan isi kandungan matapelajaran ini akan memperkukuhkan murid dengan kemahiran merekod, mengklasifikasi, mentafsir dan menganalisis dan mengungkap data kewangan berdasarkan urusniaga atau peristiwa perniagaan. Murid-murid juga didedahkan kepada penggunaan komputer dalam sistem perakaunan berkomputer supaya mereka sedar bahawa perkembangan teknologi moden membantu kepada bidang kerja perakaunan



MATLAMAT

Diantara matlamat matapelajaran ini ialah untuk melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas perakaunan melalui proses pembelajaran yang menitik beratkan pemahaman rasional sesuatu perkara yang dilakukan.


FORMAT PENTAKSIRAN

Mulai SPM 2011 pentaksiran Prinsip Perakaunan akan menggunakan tiga instrumen

Kertas 1 (3756/1)       Ujian Objektif

Kertas 2 (3756/2)       Ujian Subjektif

Kertas 3 (3756/3)       Tugasan

Sunday, December 12, 2010

MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV)

MPV adalah satu matapelajaran amali yang berteraskan teknologi.Matapelajaran ini diperkenalkan di sekolah menengah akademik bertujuan untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan kreatif dalam bidang industri tertentu. Melalui pelaksanaan matapelajaran ini, pihak sekolah dapat membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir untuk alam pekerjaan. Seterusnya dengan melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan yang lebih tinggi pelajar akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dengan lebih mendalam.


MPV DI SMK ABU BAKAR AL-BAQIR


A. PEMBINAAN DOMESTIK

     Matlamat matapelajaran ini adalah untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam kerja menerap bata, melepa, konkrit serta kerja kemasan gerutu, cat emulsi dan  jubin dengan mengamalkan peraturan keselamatan dan budaya kerja yang baik serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan.




B. PEMPROSESAN MAKANAN
     Matlamat matapelajaran ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam bidang pemprosesan makanan yang terdiri daripada hasil tanaman, ternakan, bakeri dan konfeksioneri dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri pemprosesan makanan

Wednesday, December 8, 2010

MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

ORGANISASI KANDUNGAN

Matapelajaran Kemahiran Hidup bersepadu terbahagi kepada dua bahagian iaitu TERAS dan PILIHAN


1. Bahagian Teras mesti diambil oleh semua pelajar


2. Bahagian Pilihan pula mengandungi empat komponen iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumahtangga, Perdagangan & Keusahawanan dan Pertanian. Pelajar dikehendaki memilih hanya satu komponen sahaja dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3



OBJEKTIF

Antara objektif mata pelajarn KHB adalah untuk membolehkan pelajar :


1. Memperolehi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran asas berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam urusan di rumah dan tempat tinggal


2. Menjalankan kerja buat sendiri, menyelenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan


3. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan

Tuesday, December 7, 2010

MATAPELAJARAN PERDAGANGAN

MATLAMAT

Matapelajaran Perdagangan adalah bertujuan untuk memberi pendidikan perdagangan dan keusahawanan supaya pelajar mengetahui, memahami dan dapat mengaplikasi prinsip-prinsip dan amalan-amalan positif dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang yang bersangkutan bagi membantu pelajar menjadi insan yang bertanggungjawab , berpandangan jauh, rasional serta bijaksana dalam membuat sebarang keputusan, yakin diri, sanggup berdikari dan berani menghadapi persaingan dalam apa juga usaha yang diceburi berlandaskan sifat amanah dan jujur untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.


OBJEKTIF

Diantara objektif mata pelajaran Perdagangan adalah untuk membolehkan pelajar :


    1.   mengenalpasti dan menerangkan struktur dan operasi asas perniagaan dalam dan luar negeri

    2.   membuat pilihan tentang jenis milikan perniagaan  yang  boleh diceburi serta memahami prosedur
          penubuhannya

    3.   menerangkan peranan dan kepentingan perkhidmatan bank dan institusi kewangan yang lain dalam
          hubungannya dengan pengendalian urusan perniagaan
   
    4.   mengetahui dan memahami peranan dan tujuan insurans, pengangkutan, pergudangan, promosi dan
          komunikasi dalam pengendalian sesuatu perniagaan
   
    5.   mengenalpasti peluang-peluang utama pelaburan di Malaysia dan cara-cara untuk membuat pelaburan

 PERUNTUKAN WAKTU

Matapelajaran ini diajar sekurang-kurangnya 3 waktu (120 minit) seminggu

PAUTAN

PPD KERIAN
http://www.ppdkerian.edu.my/


JPN PERAK
http://www.pelajaranperak.gov.my/


PENDIDIKAN TEKNIK &VOKASIONAL
eputra.com


PENYATA GAJI
http://www.anm.gov.my/

Monday, December 6, 2010

AKTIVITI 2010






1. PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT DAERAH KERIAN ANJURAN MAGGI
    (Kemahiran Hidup Bersepadu -ERT)






 2. HARI VOKASIONAL DAN TEKNIK 2010






3. PROGRAM SELEPAS PMR BIDANG VOKASIONAL & TEKNIK

4. KUIZ PELABURAN ANJURAN PERMODALAN NASIONAL BERHAD

5. KUIZ PENGGUNA PERINGKAT DAERAH KERIAN

6. PERTANDINGAN MENGARANG ESEI HARI PENGGUNA MALAYSIA 2010


PENGENALAN

Bidang Teknik dan Vokasional adalah salah satu daripada bidang p&p disekolah selain daripada bidang bahasa, sains dan kemanusiaan

Antara matapelajaran bernaung di bawah bidang teknik dan vokasional


  1. Teknologi  Maklumat (ICT)
  2. Prinsip Akaun
  3. Perdagangan
  4. Ekonomi Asas
  5. Pemprosesan Makanan (MPV)
  6. Pembinaan Domestik (MPV)
  7. Kemahiran Hidup Bersepadu (KT)
  8. Kemahiran Hidup Bersepadu (ERT)
  9. Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan & Keusahawanan)

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

MOTTO SEKOLAH


Iman, Ilmu, Amal


PIAGAM SEKOLAH
  • * Mengiktiraf dan menghormati hak pelanggan
  • * Perkhidmatan yang berkualiti dan mesra
  • * Bersedia memberikan perkhidmatan yang cemerlang
  • * Komitmen yang tinggi semasa memberi perkhidmatan



VISI

SMK ABU BAKAR AL-BAQIR SENTIASA CEMERLANG


MISI

  KAMI WARGA SABAR
Sentiasa bersama dengan penuh iltizam, beramanah, bertanggungjawab, berusaha berterusan untuk merealisasikan SABAR CEMERLANG dalam pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, sahsiah dan sukan dan kokurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan

Warga SMK Abu Bakar Al-Baqir akan berusaha:
  • # Memantapkan pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus
  • # Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang dan berkualiti
  • # Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berdisiplin serta mengamalkannya
  • # Menjadikan sukan sebagai sebagai bidang yang diminati melalui pendekatan moden dan saintifik
  • # Melaksanakan program kokurikulum yang menjuruskan ke arah pembentukan generasi yang berdaya saing dan menggalakkan perpaduan